Wednesday, May 8, 2019

Hari Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) Peringkat Negeri Pahang


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum,

Pada hari sabtu, 4hb Mei yang lalu, Abah dapat satu jemputan daripada Jabatan Veteran ATM untuk menghadiri satu upacara rasmi yang julung-julung kali diadakan. Alhamdulillah Dalam beribu anggota veteran ATM, abah terpilih untuk mendapat Anugerah tersebut. Syukur, rezeki nak sambut bulan ramadhan katanya. hihi

Majlis tersebut diadakan di Dewan Auditorium Al-Haimi, Markas TLDM Tg Gelang, Kuantan Pahang. Majlis yang penuh dengan adat istiadat ini disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia. Terdapat seramai 306 orang penerima bagi Anugerah tersebut termasuklah abah, Wan Jalil bin Wan Abdullah. Dasar pemilihan bagi seseorang penerima adalah berdasarkan sikap, daya juang yang tinggi dan yang paling utama bagi mereka yang bertempur dengan askar komunis suatu ketika dahulu. Alhamdulillah, dengan adanya anugerah seperti ini, Warga Veteran ATM terasa dihargai setelah mereka sedaya upaya mempertaruhkan nyawa demi memastikan keamanan rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja tau, pengorbanan mereka sampai berbulan-bulan tak dapat jumpa keluarga hanya untuk memenuhi kehendak Negara. Sungguh besar pengorbananmu wahai semua warga ATM. Sangat bangga dengan kalian! Salute! 

Suasana di dalam Dewan Auditorium Al Haimi

Tahniah Abah! Sarjan Wan Jalil bin Wan Abdullah. Kakcik bangga dengan Abah!

Sesi bergambar bersama wife tersayang. Love u both so much nyawa!

Kita jadi photographer rasmi Abah haritu. Selfie la satu kali! kih3

Bila dihitung kembali segala jasa dan pengorbanan mereka ini, tak terbalas rasanya jasa mereka semua. Semoga Allah senantiasa pelihara kalian dimana saja kalian berada. Untuk abah, Kakcik doakan semoga abah dikurniakan kesihatan yang baik selalu, dilindungi oleh Allah swt di mana saja Abah berada. Terima kasih untuk segala pengorbanan yang Abah lakukan untuk Negara dan Keluarga. 

I'm so happy to see my Abah happy gila that day. Maklumlah boleh berkumpul kembali ramai-ramai, rakan-rakan sekerja dahulu kala sama-sama operasi. hihi. Seronok sangatlah dia sampai drag masa nak balik haha. Hopefully Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dapat anjurkan lagi anugerah-anugerah yang lain seperti ini di masa-masa akan datang. Syabas JHEV! and btw,

TAHNIAH LAGI SEKALI ABAH, SARJAN WAN JALIL BIN WAN ABDULLAH! love you!
Dan semua penerima Anugerah Pingat Jasa Malaysia :)

Thanks for reading guys!
See ya on da next post.

1 comment:

  1. Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/
    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
    Terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca dan komen :)

recent posts