Wednesday, March 27, 2019

Honeymoon : Kashmir (Part 3)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum,

Bagi yang belum baca Part 2, boleh baca dekat SINI .

Ada kisah sedih pada hari ketiga. Macam entry sebelum ini, dekat Sonamarg aku pening dan meloya kan? Rupa-rupanya membawa ke hari ini. Sungguh pilu dan hiba rasanya hati ini, tak dapat ikut pergi ke Pahalgam! nak nangis rasanya, terpaksa stay je dekat houseboat whole day! omaigoddddd punya la sedih hari tu tak dapat gambarkan macam mana. Duduk lah aku keseorangan dekat housebot ditemani mother dan father. sadisss! sepanjang hari tu, layanan yang mereka berikan pada aku memang tiptop! makanan bawa ke bilik tanpa perlu ke ruang makan. seharian aku tidur dengan aman. sampai lah suami aku dan yang lain balik dalam pukul 9.00 malam. 

Ya Allah cantiknya view dekat sana. sumpah rugi tak dapat pergi!

suami kita tinggal kita. sampai hati!

Salah sebuah masjid di sana. fuh precious nya view ni!

Dalam perjalanan ke Pahalgam katenya.

Jeles sangat bila tengok gambar-gambar suami ambil ni pada hari kejadian. sumpah terkilan gila tak dapat pergi! nak buat macam mana dah tak sihat kan, terpaksa la akur dan sedar diri. haha

Okay, tamat kisah ke Pahalgam. Alhamdulillah, hari seterusnya iaitu hari ke-4, destinasi yang paling dinanti-nanti, Gulmarg! Yes syukur pada Allah, aku sihat dan boleh ikut serta untuk aktiviti pada hari itu. Perjalanan daripada houseboat ke Gulmarg lebih kurang 2 jam setengah. Sesampainya di sana, kami terpaksa menyewa kasut bot untuk naik ke puncak. Aktiviti yang kami buat semasa berada di Gulmarg adalah naik gondola, ski dan naik slide! Peh mencabar gila bagi aku yang first time ni nai main ski. Ingatkan susah sangat, rupanya senang sajooo. kena pandai kawal, badan jangan membengkok ke belakang sebab nanti kita boleh jatuh. Ada je pengajar semasa kita lakukan aktiviti ski ni, so tak perlu risau kalau korang first timer macam aku jugak!

Semasa naik gondola, aku tak sempat nak snap gambar sebab terlampau menghayati. pemandangan dari atas sememangnya awesome dan nice gila! kebetulan masa kami sampai di sana, salji memang tengah turun dengan lebatnya! dan sekali lagi aku speechless! betapa indahnya ciptaanMu ya Allah. Pemandangan tu sama macam globe salji yang kita beli dekat kedai. memang sama! Kih Kih. Suhu pada masa tu mencecah -8/10. fuhh korang dah boleh bayangkan kan macam mana sejuk dan menggigil nye aku sepanjang buat aktiviti dekat situ. bayangkan hingus keluar langsung tak perasan, punyalah sejuk. HAHA sorry dirty sikit. ala sikit je. KAH :p

Selok dapat salji! hihi thanks En Shuben bawa kita honeymoon dekat sini. nanti datang lagi ye musim bunga pulek :p

Thank you adik-adik Uniten tangkapkan gambar hakak yang selok dapat main salji ni. :P
Peace yo!

fefeeling dah pro main ski. padahal nan hadoooo

haa inilah dia 3 gadis comel adik-adik Uniten. masa ni kita orang naik slide. nak turun dari puncak ke bawah.

Okay nak cerita pasal sliding ni. Nasihat aku buat korang yang nak naik jugak, baik batalkan saja niat korang tu. sakit weh! menyesal gila aku naik. sekali turun bukit, terhentak dekat punggung, peh padu gila beb! slider ni kan diperbuat daripada kayu. so korang faham faham jelah bila terhentak macam mana effect dia. fuh taubat la lepasni takmau naik dah slider ni. serikkkk weh.

Alhamdulillah, overall puas hati sangat dapat buat mcam-mcm aktiviti dekat Gulmarg ni. Gulmarg memang awesome! rasa macam takmau balik. haha. lepas je kami turun daripada puncak, kami pun singgah di salah satu restoran di situ. Menu aku lain sikit hari tu, aku order nasi goreng ayam instead of beriani kambing and ayam memanjang. haha. Makanan dia sedap weh, tak sangka aku, nasi goreng ayam dia sedap macam kat Malaysia. yang membezakan beras yang dia guna. Nasi goreng guna beras basmathi weh, BBB sangat! Bukan beshe beshe. HAHA.

Okay perut pun dah kenyang, apalagi balik lah ke houseboat.

Malam tu  malam terakhir kami di Kashmir. Sedihnya rasa dah nak balik. tak puas rasanya bercuti di sana. padahal dalam masa yang sama, rindu gila dekat sambal belacan, sambal petai, meehun sup! hahaha. acah-acah je nak duk lelame kat sini. Badan pun dah penat amat, jom tido!

Pada keesokkan harinya iaitu pada hari jumaat, kami bertolak ke Airport Kashmir pada pukul 9.30 pagi. ingatkan Salman nak bawa pusing-pusing dulu rupanya tidak. terus ke Airport dia bawak. Flight kami pukul 2.00 petang, so bertapak lah dulu dekat Airport. Dan part paling best, flight delayed pulek sampai ke pukul 3.00 petang. sabau jelah. 

Pejam celik pejam celik, kami tiba dengan selamat di KLIA 2 pada jam 8.30pagi hari sabtu. Alhamdulillah syukur kepada Allah. Terima kasih saiyang bawa wife awak ni pergi travel jauh-jauh untuk honeymoon. lepasni kita travel tempat lain pulak ye. hihi.

Korang kalau yang nak bercuti ke kashmir tu, kalau winter season, aku nasihatkan bawak baju tebal banyak-banyak sikit, heatpatch sekali. Dia punya suhu tu memang tak boleh bawak bincang guys, sejuk sampai kebas bibir. total ground cost nak ke sana each person around 3k dah include flight pergi balik tu. itu je yang aku tau. yang lain aku tak ambil tahu pun, semua shuben aku settle kan. hihi.

Okay thats all guys,
thank you for reading.
See yaa on da next post.
xoxo

The End of "Honeymoon : Kashmir"

4 comments:

  1. cantiknya view kat sana. snow !! subhanallah. xpe tak dapat pergi. kesihatan dan keselamatan lagi penting. ada rezeki nanti pergi lagi ya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sgt! hihihi tula sedih gila tak dapat pergi Pahalgam. betul, ksihatan lagi penting! next time boleh pergi lagi, insha ALLAH. HIHI

      Delete
  2. Alhamdulillah cantik nya pemandangan, tapi part sejuk tu yg tak bleh tahan. huhu.

    The Hundred Pages | Eyqa Zq

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tahu takpe! takleh bawak bincang sejuk dia tu :D

      Delete

Terima kasih sudi baca dan komen :)

recent posts