Friday, March 8, 2019

02.02.2019 I'm Married! Alhamdulillah!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum,

Salam jumaat semua! Penghulu segala hari. Lamanya rasa tak menulis di blog. Sekali jarak new post mesti lama gila. dekat setahun. haha! alhamdulillah hari ini ada kelapangan sedikit, maklumlah hari jumaat. boleh la ngulor sekejap. sekejap je tau! jangan lelame :P

Alhamdulillah, bulan lepas bertarikh 02.02.2019, aku telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati, Afiq Shauqy dalam majlis yang serba sederhana. Juga dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepadanya. Syukur! Kami bernikah pada sebelah pagi dan terus bersanding pada sebelah petang pdi hari yang sama. Alhamdulillah segala urusan Allah permudahkan. Syukur sangat. Majlis kami diadakan di Dewan Utama Wisma Belia, Indera Mahkota Kuantan, Pahang. Benar, tahun 2019 ini terlalu banyak kenangan manis dan perubahan besar yang berlaku dalam hidup aku meskipun kita baru je menginjak ke bulan 3 kan? hihi. Thank you for accepting me for who i am, husband.  


Majlis Akad Nikah


Majlis Resepsi

Masuk bulan ini, dah sebulan aku bergelar seorang isteri. Syukur, sememangnya berubah 360 darjah kehidupan aku! kalau dulu semua benda single, settle barang single, nak pergi mana-mana minta izin mak abah je. Tapi sekarang, semua keperluan suami kita kena sediakan, makan minum dia dan yang paling penting, nak keluar ke mana-mana kena minta izin dia. HIHI. Syurga katanya. Bila dah jadi seorang isteri ini, banyak benda dah aku kena control. Yang UTAMA, shopping! KAH! beli ikut keperluan sahaja ye bukan ikut nafsu :P awal-awal suami dah sound. Berjimat cermat amalan mulia gituu. hihi. Korang yang bakal berkahwin tu get ready la ye! Perkahwinan ni bukan tentang seronok bersama semata-mata, tapi tentang tanggungjawab. Jaga maruah suami ye, sebab once kita sah jadi isteri dia, segala dosa kita jatuh atas bahu dia untuk dia pikul sepanjang hayat dia. So, jangan tau nak seronok je ye :P It's all about tanggungjawab actually ;) Semoga Allah merahmati dan memberkati rumahtangga kita semua ya. aamiin :)

Sekian sahaja setakat ini update dari aku. Sorry dua gambar je aku tepek kat sini. Okay la tu kan daripada takde. kih3. tunggu next entry okay. Memang banyak gambo aku nak tepek sebab next post aku nanti tentang honeymoon kami di negara bersalji. stay tune gaisss. tazzabarrr

See ya on the next post. xoxo

10 comments:

Thanks for your compliment :)