Monday, June 19, 2017

Juadah Berbuka di bulan Ramadhan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita dah pun berada di 25 Ramadhan 1438H. Tak lama lagi, kita bakal menyambut bulan syawal pula. Mengikut kalendar, mungkin hari raya aidilfitri yang pertama jatuh pada hari ahad ini, insha Allah. Moga kita diketemukan di bulan syawal pula yaa. Di Malam 7 likur ini, marilah kita sama-sama tingkatkan ibadat kita. Moga-moga amalan kita di bulan ramadhan ini diterima Allah swt, aamiin :D

Nafsu makan di bulan puasa ni sebenarnya lagi teruk dari bulan-bulan biasa. Kalau pergi ke bazar ramadhan tu, macam-macam kita teringin nak beli, nak makan. Korang semua mcm tu jugak tak? ke sis sorang je mcmtu? :P sis pun tak tahu kenapa. Tapi alhamdulillah sis dapat kawal nafsu makan sis setakat ni. Makan macam-macam but still berat berkurang, happy iolls taw! HEHE :D Nak tau apa rahsia sis? sis consume HERBALIFE. Malas cakap banyak, but HERBALIFE memang terbaik! sesiapa yang pernah consume produk ni, tahulah macam mana kesan dia :D Terima kasih semua coach yang guide sis from ZERO to HERO :) yang penting air kosong 8liter sehari kena habiskan okay! HEHE


Tengok juadah iftar sis sekeluarga malam ni, terliur tak? Got takoyaki ketam and sotong, Choc cheese lava cake berhantu, Churros, Masak lomak cili api daging salai, Nasi goreng pataya. HAHAHAHA bukan semua sis makan okay. Semua adik sis yang habiskan.Sis jamah sikit-sikit je. *konon* hehehe. Macam nilah jadinya kalau ke Mall, semua benda nak beli. Actually, ada buat macam gerai banyak-banyak dalam Mall minggu ni, sis apalagi semua benda nak beli. Dah semua nampak sedap-sedap. Tapi sis beli banyak, memang tak membazir okay! sebab adik-adik sis tukang habiskan :P So, korang yang duduk seorang dua tu, tak payah la beli banyak ikut nafsu okay. Risau kalau buang makanan, dah jadi membazir. Tak baik membazir di bulan ramadhan ni ye dear2 semua :)



Eskem atas tu, all time fav sis. HEHE. Menu atas ni pula, menu iftar sis semalam. saja nak upload bagi korang terliuq :P Sis masak, ikan pari bakar sambal, yong tau fu and the most SEDAPPPPP dish, ayaq asam tomato dengan kerisik and sup tulang! Pecah peluh baqhang! :P *Kata kami orang kedah. HEHE terliuq dak? mohon jangan jilat screen naaa. HEHE :P

Menu berbuka korang semua yang paling sedap apa? share la dengan sis di ruangan komen. Mana tahuu lagi sedap. HEHE. Actually suasana yang kita create tu yang buatkan iftar kita sekeluarga bertambah meriah, nak-nak adik beradik yang duduk di perantauan, balik rumah iftar ramai-ramai, ya Allah bersyukur sangat dapat rasa semua tu. Feeling paling best kita dapat berkumpul semua adik beradik, iftar sama-sama, kan? :D

Selamat menjalani hari-hari terakhir bulan ramadhan korang!
Syawal soon :D

Wassalam.
xoxo, Mia.

10 comments:

  1. tengok ice cream tu. hmmmm. ❤❤❤

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap jea suma menu nie.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe alhamdulillah rezeki Allah :D

      Delete
  3. sedapnyaa makanannn. Nasib baik tengok lepas berbuka haha

    ReplyDelete
  4. sedapnyaa . pos sini gak eskreammmm tu. hahaha. selamat menjalani ibadah puasa. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. pos xdan 5minit cair dah. hahaha.. selamat menjalani ibadah puasa dan selamat mnyambut hari raya yang bakal tiba :D

      Delete
  5. Wah! meriahnya juadah.
    Dah raya dik, selamat hari raya Aidilfitri

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha baru berkesempatan buka blog kak :D
      selamat hari raya kak. last day syawal harini :D

      Delete

Thanks for your compliment :)