Monday, January 23, 2017

Kenduri Kahwin Cousin

Assalamualaikum readers semua!

Alhamdulillah Allah bagi lagi kesempatan nak update blog. lain macam lak rasa masuk blog harini. lain gila duh blog! shomelll sgt ni. hehehehe. thanks to adik Aisyah Nyais sebab dah buat blog sis jadi apa yang sis nak. ceria gitew. haaa korang semua yang nak blog cantik dan ceria cm sis ni boleh terus contact beliau ye. servis puas hati, confirm! hehe

Boleh tahan lama jugak sebenarnya sis menghilang kan. Bukan apa, kerja banyak sangat menimbun kat atas meja. Tapi tiap2 hari sis buka blog cuma tak hupdate je. hehehehe. So, disebabkan blog dah berwajah baru, sis lebih semangat nak hupdate blog ini hari taw. Sis nak story, sis dan family ke kampung di Kedah bln lepas, belum masuk tahun 2017 pun. Oh, belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat tahun baru kan? moga segala azam engkorang yg tahun2 lepas tercapai la ye utk tahun ni. Aku pun. InsyaAllah, Aaamiin!

Kg Permatang Buluh, Kedah Darul Aman

Gambar atas ni bukan ihsan dari google okay. ini sis yang snap sendiri pic bendang depan mata ni. pemandangan ni lah yang selalu buat sis termimpi-mimpi bila dah balik ke Kuantan. mana nak dapat oi suasana mcmni kat bandar. best sangat-sangat feeling dia bila kau buka mata pepagi buta, lepas je solat subuh kau buka pintu, pemandangan ini yg kau dapat lihat. hurmm benda ni la yang paling aku rindu bila balik kedah. sumpah best! breakfast kat luar, duduk bersila makan nasi goreng ramai-ramai.. menghadap bendang pulak. fuhh lain mcm punya best, sukar digambarkan dengan kata-kata. gitchu ;)


Ehem2, nilah cousin baru kita tu. suami dia anak kepada maklong kita. kenduri ni dekat Jitra, Kedah. sis tak hengat dah apa nama perumahan dia. HAHA. dapat snap pic bini dia sorang ja, entah kemana si husband dia. tinggal bini dia sengsorang amek gamba. hehehe alhamdulillah hafiz dan hafizah mereka berdua ni. Simple je majlis mereka tapi meriah sangat. Tahniah uolls! Mira ucapkan selamat pengantin baru ya, moga rumahtangga kalian berdua senantiasa dilimpahi rahmah dan barakah Allah swt. cecepat dapat baby ya. *Ayat klise* hehehehe


Okay, benda ni sumpah sedap! inilah yang sis dok tambah lepas tambah, tambah lagi. sepanjang majlis kawen ni. HAHA. nak tahu sebab apa? sis yang tlg buatkan okay rojak ni. tapi tolong potong2 jela, kuah semua makcik-makcik yg buat. memang best la rojak homemade ni, terutama tang sos dia. Masha Allah, jadi cam ketagih tau. igt makcik2 tu letak guna2 ke apa. HAHA gurau2 :P
rojak ni ada buah nenas, sengkuang, timun dengan jambu. Mabeles baqhang. Mohon jgn terliuq naa korang :P




Sis ni bila balik ke Kedah memang jalan-jalan cari makan jela. HAHA. mee goreng kat atas ni, sis dgn family makan di sebuah restoran yang terletak di Guar Cempedak. Makanan kat sini, order la menu apa pun, semua sedap. nasi ke, mee ke semuanya menepati citarasa kami sekeluarga. hehehe. setiap kali sebenarnya, kami kalau balik ke sini, for sure akan datang makan kat sini. esp makan bihun sup dia. masha Allah, sedap bukan main. dengan daging lembut, banyak gila. puas hati la makan. 


Boleh dikatakan sepanjang 6 hari kami disana, tak hujan pun. cantik je cuaca. tapi masa pergi dengan balik bukan main lebat hujan atas highway. masuk je highway jalan Duta, kl terus hujan sampailah ke Kuantan. hehehehe, travel kalini tak dapat berjalan sangat sebab kenduri, then dapat cuti pun sikit. so, tak berapa nak feeling. tapi alhamdulillah kami sekeluarga enjoy! itu yang penting :D

Okay, itu shj perkongsian dari sis. Jumpa lagi next entry ye! Thanks sudi membaca.

12 comments

January 24, 2017 at 12:44 AM

Bestnya dapat jalan-jalan. Suasana kampung lagi best kalau nak dibandingkan dengan di bandar, sebab rasa ketenangan tu masyaAllah.. :)

Fatin ucapkan selamat pengantin baru untuk cousin Mia :) By the way, comel la template baru ni. Suka-suka . Ceria gitu :D ;)

January 24, 2017 at 8:41 AM

kan fatin, mmg best. tapi perjalanan ke sana mkn masa sampai 7-8jam. hahaha

comel kan elmo? fatin suke gak ek. mia mmg suka elmo ni, cute2 ganas gitu. HAHA, btw blog fatin comel gk cm tuan dia :D

January 25, 2017 at 1:10 PM

Bestnye sawah padi...tak pernah jejak sawah... Selalu tengok kat runningman... hehe

January 25, 2017 at 3:37 PM

@Noor Azlan
hehehe kan.. setahun dua kali je pun saya ley tgk bendang live gini :D

January 25, 2017 at 4:11 PM

Mesti banyak tangkap pacat ni... :-)

January 25, 2017 at 9:42 PM

hayyooohhh.. Mee goreng tu sangat menyelerakan..

January 26, 2017 at 8:53 AM

@Noor Azlan
haha mmg taklaaa cter dia.. snap gmba bendang pun dari atas darat je pon :P

January 26, 2017 at 8:54 AM

@Lea Azleeya
leeya, tgk mcm biasa je dlm gambar ni.. kalau leeya rasa sendiri fuhh nikmat dia.. walaupun mee grg biasa je :D

January 26, 2017 at 9:16 PM

selamat pengantin baru untuk cousin sis mia :* alamak tengok mee goreng dah lapar dah nie hahahaha

January 26, 2017 at 11:27 PM

sedapnyaa rojakkkkkkkkkkkkkkkkk. *terliuqqqqqqqqq hahahaha
selamat pengantin baru untuk cousin awk dan isteri :)

January 27, 2017 at 8:36 AM

@Shaidatul Aireen

terima kaseh aireen! ;)
HAHA leleh ayaq liuq baqhang :P

January 27, 2017 at 8:37 AM

@Fieyqa Adelova

hahaha mmg shedappp baqhanggg! :D
terima kasih fyqa ;)

Post a Comment