Tuesday, January 31, 2017

CNY 2017 - Family Bonding

Assalamualaikum readers semua!

Tak terlambat lagi rasanya sis nak ucapkan happy chinese new year to all chinese friends. tahun rooster 2017 ni ye. moga-moga ada Ong la tahun ini ye korang semua *chinese shj* pada yang muslim moga tahun ini memberi barakah kepada kita semua. insha Allah aamiin.. hehe :)

Haa korang semua, cuti CNY ni pergi jenjalan mana je? kalau sis, sis start cuti hari jumaat lepas 27/01/2017 sampai la smlm 30/1/2017. rasa macam sekejap je cuti, tak puas sis nak berehat lagi ni dah kena masuk ofis harini. harini dia tak jadi monday blues, tuesday blues citer dia. HAHA!!! sis nak story ni, cuti CNY haritu sis stay kat rumah je, berfamily-bonding kat bandor kuantan. haha tak berkembang lgsg kan? nak buat macam mana, cuti bukannya lama sgt pun, lagipun adk beradik semua balik ke rumah daripada kemaman dgn mersing. dua-dua dah bekeluarga dah, mmg idok ler nak kemana-mana sis ni haa, melayan anak buah sis the one and only, Wan Emir Darwisy. :D



yang pakai baju adidas, paksu kat sebelah tlg jaga :D

Taraaaaa!! video ni sis upload di ig sis 2 days ago. sis dan adk beradik sis lagi dua org, bawak budak kecik ni ke Teluk Cempedak, Kuantan berfoya-foya disana. HAHA. bukan main happy lagi dia dapat main semua mainan yang ada kat situ. sis beli tiket mmg tak hengat dunia, main beli je sedar-sedar kering poket. :'D happy sangat dapat spend time ngn budak kecik ni. dengan main giant bubble, keretapi, bumpcar, kudak pusing ni. sis sempat rakam video masa dia naik kuda pusing ni je, yg lain-lain tak sempat :D

balik je dari TC, tidur tak ingat dunia budak kecik ni. kesian beliau kepenatan. tapi takpa puas hati sis dapat happy kan dia :)



keesokannya pulak, sis sekeluarga ke Pantai Batu Hitam, berpicnic. cuaca amatlah baiknya, orang pulak teramatlah ramai! parking pun payah. meriah sungguh gayanya. hehe :D menu picnic weolls itu hari, Nasi lemak ayam madu! ayam madu tu pulak panggang fresh2 kat situ. dia punyaaa berselera, sampai tambah 2 pinggan la kira. HAHA! video kat atas ni diambil masa Awisy mengada-ngada jalan kat pantai kengkonon nak usha kerang gak. follow abi ngn pakcik, paksu dia pergi cari kerang. viral katanya masuk fb banyak sangat kerang bertaburan kat pantai ni. :D tapi sebenarnya nak main air je lebih tu, takut2 konon-kononya. hihik*

Alhamdulillah, weolls gerak balik around 3pm dari situ. perut jangan cakaplah, teramatlah kenyang nya. nak drive pun payah.*okay tipu! Yayyy and it's a wrap for CNY 2017 Holiday! All days well spend, alhamdulillah, syukran ya Allah :D korang semua macam mana? mesti pergi vacay kan? :') hopefully cuti CNY korang pun bermakna juga macam sis ya! 
okay, itu shj perkongsian dari sis, jumpa lagi next entry ye! thanks sudi membaca.

12 comments

January 31, 2017 at 9:46 PM

Time cuti me and dad jalan2 cari barang and sangatlah best cos jalan raya tak busy as always. haha.

February 3, 2017 at 1:25 PM

Bestnya!! Rindu pulak kat Kuantan aih.

February 7, 2017 at 11:12 PM

Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

February 8, 2017 at 8:46 AM

:D:D Done follow back ;)

February 8, 2017 at 1:08 PM

assalamu'alaikum, eh eh! tersama pulak CNY holidaay kitaa. saya pun ade family vacation ke Pahang, pergi TC, Pekan and Pantai Batu Hitam tu. pergi pantai batu hitam tu 31hb lah tapi sebab konon nye nak kutip kerang yang heboh banyak terdampar kat pantai situ. tapi lastly dapat 5 ketul je kerang selama 40 minit pencarian (>_<) jemputlah bace new entry di blog Fie http://iamfieonafieridz.blogspot.my/2017/02/fie-nak-jadi-mommy-dah.html ni! ^^ saambil tu boleh tinggal komen. teheee~ TQ! :*

February 8, 2017 at 7:57 PM

Salam and Hi orang Kuantan! Saya singgah dan follow blog ni ya. Nice blog! Jemput la melawat blog saya jika berkelapangan :)

anothersyed.blogspot.com

February 9, 2017 at 2:11 PM

@Fieona FieRidz

hehe salam kenal awk! insya Allah :D

February 9, 2017 at 2:11 PM

@Seorang Syed

hai! okay syed :D

February 9, 2017 at 2:12 PM

@Nurhazlin Hussein

haa apalagi? cecepat mai kuantan :D

February 9, 2017 at 2:13 PM

@Eyqa Zq

haha kan! tahu xp.. semua org pon balik kg, lengang je bandar :D

February 10, 2017 at 3:46 PM

Kuantan jammed tak masa CNY..? =) masa cuti macam ni la nak spend time dgn family kan. hihi

April 4, 2017 at 12:33 PM

bestnya p holidays..

Post a Comment