Tuesday, January 31, 2017

CNY 2017 - Family Bonding

Assalamualaikum readers semua!

Tak terlambat lagi rasanya sis nak ucapkan happy chinese new year to all chinese friends. tahun rooster 2017 ni ye. moga-moga ada Ong la tahun ini ye korang semua *chinese shj* pada yang muslim moga tahun ini memberi barakah kepada kita semua. insha Allah aamiin.. hehe :)

Haa korang semua, cuti CNY ni pergi jenjalan mana je? kalau sis, sis start cuti hari jumaat lepas 27/01/2017 sampai la smlm 30/1/2017. rasa macam sekejap je cuti, tak puas sis nak berehat lagi ni dah kena masuk ofis harini. harini dia tak jadi monday blues, tuesday blues citer dia. HAHA!!! sis nak story ni, cuti CNY haritu sis stay kat rumah je, berfamily-bonding kat bandor kuantan. haha tak berkembang lgsg kan? nak buat macam mana, cuti bukannya lama sgt pun, lagipun adk beradik semua balik ke rumah daripada kemaman dgn mersing. dua-dua dah bekeluarga dah, mmg idok ler nak kemana-mana sis ni haa, melayan anak buah sis the one and only, Wan Emir Darwisy. :D



yang pakai baju adidas, paksu kat sebelah tlg jaga :D

Taraaaaa!! video ni sis upload di ig sis 2 days ago. sis dan adk beradik sis lagi dua org, bawak budak kecik ni ke Teluk Cempedak, Kuantan berfoya-foya disana. HAHA. bukan main happy lagi dia dapat main semua mainan yang ada kat situ. sis beli tiket mmg tak hengat dunia, main beli je sedar-sedar kering poket. :'D happy sangat dapat spend time ngn budak kecik ni. dengan main giant bubble, keretapi, bumpcar, kudak pusing ni. sis sempat rakam video masa dia naik kuda pusing ni je, yg lain-lain tak sempat :D

balik je dari TC, tidur tak ingat dunia budak kecik ni. kesian beliau kepenatan. tapi takpa puas hati sis dapat happy kan dia :)



keesokannya pulak, sis sekeluarga ke Pantai Batu Hitam, berpicnic. cuaca amatlah baiknya, orang pulak teramatlah ramai! parking pun payah. meriah sungguh gayanya. hehe :D menu picnic weolls itu hari, Nasi lemak ayam madu! ayam madu tu pulak panggang fresh2 kat situ. dia punyaaa berselera, sampai tambah 2 pinggan la kira. HAHA! video kat atas ni diambil masa Awisy mengada-ngada jalan kat pantai kengkonon nak usha kerang gak. follow abi ngn pakcik, paksu dia pergi cari kerang. viral katanya masuk fb banyak sangat kerang bertaburan kat pantai ni. :D tapi sebenarnya nak main air je lebih tu, takut2 konon-kononya. hihik*

Alhamdulillah, weolls gerak balik around 3pm dari situ. perut jangan cakaplah, teramatlah kenyang nya. nak drive pun payah.*okay tipu! Yayyy and it's a wrap for CNY 2017 Holiday! All days well spend, alhamdulillah, syukran ya Allah :D korang semua macam mana? mesti pergi vacay kan? :') hopefully cuti CNY korang pun bermakna juga macam sis ya! 
okay, itu shj perkongsian dari sis, jumpa lagi next entry ye! thanks sudi membaca.

Friday, January 27, 2017

Mahkota Height, Indera Mahkota 8 Kuantan.

Assalamualaikum readers semua!

Baru-baru ni, bapa saudara sis merangkap pak ngah sis ajak sis dan mak sis teman beliau ke perumahan mahkota height di Indera Mahkota 8, Kuantan. tujuan dia nak melawat perumahan kat situ, nak "usha" untuk pembelian. wowww huntunglah badan dapat tinggal kat sini. kawasan golongan "Elit" gitchu. hehehe alhamdulillah moga Allah permudahkan urusan pak ngah ye. aamiin! :)


haaa teaser satu kali! hehehe tgk tangga dah superb dah kan, belum tgk bahagian lain lagi dalam banglo ni. banglo ni ada 2 tingkat , 7 bilik tidur dan 8 bilik air. pertama kali sis melangkah masuk ke dlm rumah ni, dia punya excited tu macam sis yang nak beli banglo mewah ni. padahal tolong teman je. HAHAHA! okay la kan dapat tumpang rezeki sesama. kehkehkeh**Okay, fyi jugak, ini sekadar rumah contoh okay, sebab itu fully furnished. melilau mata tgk hiasan dalaman banglo ni, memang cantik. kemas dan tersusun, warna pun soft je, sedap mata memandang :)


inilah pak ngah kite, Azizan bin Hj Azit. dia merupakan seorang pensyarah di UMP Jalan Gambang, Kuantan. ade ke umpians reader kat sini?? kalau fakulti teknologi maklumat mesti kenal pak ngah sis ni. hehehe :) muka berpuas hati betul gayanya, macam "kira on" jelah beli banglo ni. tengok dari gaya, memang dia berkenan sangat dah kat rumah ni. "FALL IN LOVE" kata omputih. kihkihkih :D mana tidaknya, cuba teka berapa harga banglo ni? RM 1.2juta okayyy. *tersemboq ayaq liuq,sila lap!* hahaha *lap peloh gak* Okay, jom layan gamba-gamba lain yang sempat sis snap sepanjang berada dalam banglo ni.





Mak buat apa tu mak? -_-"

ni baru first rumah contoh yang kami masuk dah gempak gila dah. yang second pon ada tau, for sure la lagi awesome! tapi sis tak sempat nak snap gambar sbb terlebih feeling masuk banglo yang kedua tu. mana tidaknya, banglo tu ad 5 tingkat, naik pakai lif okay. naisss shangattt! harga dia pun mmg berbaloi-baloi sangatlah. RM2.2juta. *fengsan* hahaha :P that's why la sis cam orang jakun tak sempat nak capture the moment! hmm apalah mia ni !:( cantik kan banglo kat perumahan Mahkota Height, Kuantan ni? so apalagi korang, grab la sebuah! kalau mcm sis, mampu berangan je dulu, lama-lama mana tahu kan, dapat tinggal kat banglo mewah cmni jugak. InsyaAllah, segalanya dengan izin Allah kan? hehe aamiin :)

Pak Ngah dgn Mak kite <3

Last but not least, sis doakan impian korang semua jadi kenyataan. kalau tidak sekarang, mungkin satu hari nanti. macam sis, ini adalah salah satu impian sis! nak tinggal di banglo mewah, perumahan elit. tapi usaha kena setimpal dengan berangan awak tu ye. jangan hanya berangan tapi malas usaha, dok jadi gok boh!*ttiba ganu* :P

okay, itu shj perkongsian dari sis, Jumpa lagi next entry ye! thanks sudi membaca.

Monday, January 23, 2017

Kenduri Kahwin Cousin

Assalamualaikum readers semua!

Alhamdulillah Allah bagi lagi kesempatan nak update blog. lain macam lak rasa masuk blog harini. lain gila duh blog! shomelll sgt ni. hehehehe. thanks to adik Aisyah Nyais sebab dah buat blog sis jadi apa yang sis nak. ceria gitew. haaa korang semua yang nak blog cantik dan ceria cm sis ni boleh terus contact beliau ye. servis puas hati, confirm! hehe

Boleh tahan lama jugak sebenarnya sis menghilang kan. Bukan apa, kerja banyak sangat menimbun kat atas meja. Tapi tiap2 hari sis buka blog cuma tak hupdate je. hehehehe. So, disebabkan blog dah berwajah baru, sis lebih semangat nak hupdate blog ini hari taw. Sis nak story, sis dan family ke kampung di Kedah bln lepas, belum masuk tahun 2017 pun. Oh, belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat tahun baru kan? moga segala azam engkorang yg tahun2 lepas tercapai la ye utk tahun ni. Aku pun. InsyaAllah, Aaamiin!

Kg Permatang Buluh, Kedah Darul Aman

Gambar atas ni bukan ihsan dari google okay. ini sis yang snap sendiri pic bendang depan mata ni. pemandangan ni lah yang selalu buat sis termimpi-mimpi bila dah balik ke Kuantan. mana nak dapat oi suasana mcmni kat bandar. best sangat-sangat feeling dia bila kau buka mata pepagi buta, lepas je solat subuh kau buka pintu, pemandangan ini yg kau dapat lihat. hurmm benda ni la yang paling aku rindu bila balik kedah. sumpah best! breakfast kat luar, duduk bersila makan nasi goreng ramai-ramai.. menghadap bendang pulak. fuhh lain mcm punya best, sukar digambarkan dengan kata-kata. gitchu ;)


Ehem2, nilah cousin baru kita tu. suami dia anak kepada maklong kita. kenduri ni dekat Jitra, Kedah. sis tak hengat dah apa nama perumahan dia. HAHA. dapat snap pic bini dia sorang ja, entah kemana si husband dia. tinggal bini dia sengsorang amek gamba. hehehe alhamdulillah hafiz dan hafizah mereka berdua ni. Simple je majlis mereka tapi meriah sangat. Tahniah uolls! Mira ucapkan selamat pengantin baru ya, moga rumahtangga kalian berdua senantiasa dilimpahi rahmah dan barakah Allah swt. cecepat dapat baby ya. *Ayat klise* hehehehe


Okay, benda ni sumpah sedap! inilah yang sis dok tambah lepas tambah, tambah lagi. sepanjang majlis kawen ni. HAHA. nak tahu sebab apa? sis yang tlg buatkan okay rojak ni. tapi tolong potong2 jela, kuah semua makcik-makcik yg buat. memang best la rojak homemade ni, terutama tang sos dia. Masha Allah, jadi cam ketagih tau. igt makcik2 tu letak guna2 ke apa. HAHA gurau2 :P
rojak ni ada buah nenas, sengkuang, timun dengan jambu. Mabeles baqhang. Mohon jgn terliuq naa korang :P




Sis ni bila balik ke Kedah memang jalan-jalan cari makan jela. HAHA. mee goreng kat atas ni, sis dgn family makan di sebuah restoran yang terletak di Guar Cempedak. Makanan kat sini, order la menu apa pun, semua sedap. nasi ke, mee ke semuanya menepati citarasa kami sekeluarga. hehehe. setiap kali sebenarnya, kami kalau balik ke sini, for sure akan datang makan kat sini. esp makan bihun sup dia. masha Allah, sedap bukan main. dengan daging lembut, banyak gila. puas hati la makan. 


Boleh dikatakan sepanjang 6 hari kami disana, tak hujan pun. cantik je cuaca. tapi masa pergi dengan balik bukan main lebat hujan atas highway. masuk je highway jalan Duta, kl terus hujan sampailah ke Kuantan. hehehehe, travel kalini tak dapat berjalan sangat sebab kenduri, then dapat cuti pun sikit. so, tak berapa nak feeling. tapi alhamdulillah kami sekeluarga enjoy! itu yang penting :D

Okay, itu shj perkongsian dari sis. Jumpa lagi next entry ye! Thanks sudi membaca.