Saturday, March 5, 2016

04/03: Selamat Hari Lahir, Abah ..

Assalamualaikum..

semalam, 04/03 tarikh lahir abah saia Wan Jalil Wan Abdullah. saia la pulok, aku la! haha. takde apa yg kakcik boleh beri pada abah. sekadar belanje kek SR dan bawak abah g makan malam. Abah ni kalau bab makan tak cerewet mana. tapi kalau makan kat kedai, haaaaaaaaaaa teramatlah cerewetnya. dan abah kurang berminat pd kek. apa-apa jenis kek lah. kalau dia makan pun, beberapa suap ja lepastu say goodbye! ehek


EH EH abah ngn adik awisy laaaa .. tapi adk awisy takde mood time ni, org suh pndg kamera kemain kerek lagi tanak pndg. jeling pon tanak. huhhhhh kekwat sgt ni! biasa dia niiiiiiii



pehh chicken chop ni, dah lah murah sedap lak tuh. portion sgt banyak. RM5 shj plus gst RM0.30. haa tgk, smbil celebrate birthday, aku siap buat foord review lagi. kekeke. yang best nya, mak abah aku dia takkan pergi restoran lain kalau nak mkn western food. Sbb dorg ni sgt cerewet pilih kedai makan. Kalau xsedap jgn haraplah nk repeat mkn balik. bila dah suka satu kedai tu, dorang akan stick makan kt situ je.lagi satu sebab environment. Hutan Bandar Bistro ni terletak di tengah-tengah dataran Pantai Teluk Chempedak. Mmg well-known la among foodie kt Kuantan ni. Memang best suasana kt sini.. sambil makan sambil tgk pantai. Santai je rasa. Aku rasa team Jalan-Jalan Cari Makan dah boleh datang sini kot buat liputan. Sbb famous sgt ni ramai org dtg tiap-tiap hari. Kan? then lps mkn boleh hirup udara segar, sambil-sambil sight-seeing tu. Brader-brader, akak-akak jual banyak cenderamata spnjg pantai. Usha makhluk pelik area situ, ada dua ekor selalunya. Batman ngn predator huhu scary doe muka predator tu. aku nak selfie pun xd selera hahaha. Sorry takda gambar dinyatakan dalam post ni. Nak tgk, pi sendiri!

Alhamdulillah, dah kenyang balik rumah. Abah happy, semua happy. last but not least, Selamat Hari Lahir Abah. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. Moga senantiasa diberkati Allah dunia dan diakhirat, sentiasa di bawah lindungan Allah swt. Terima kasih abah atas segala effort abah selama ini, dari kami 5 beradik kecil tapak tangan hingga besar pnjg hari ini. Susah sgt nk tgk abah mengeluh, menangis. Terima Kasih abah utk segalanya. Jasa abah trhdp keluarga tak terbalas kami berlima. Kakcik sayang abah dunia akhirat. 

The End. xoxo

4 comments

March 7, 2016 at 11:27 AM

happy birthday to Abah kak Mira heheheh

March 7, 2016 at 4:45 PM

terima kasih awk ;)

March 11, 2016 at 4:01 PM

wah murahnya chicken chop tu!

March 12, 2016 at 9:51 AM

kannnn sgt murah! dri first buka tahun 2014 smpai skrg tak naik2 harga, maintain :D

Post a Comment