Sunday, May 22, 2011

| Senarai jumlah mangsa korban tragedi tanah runtuh |



KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini. 

Sehingga 5.30 pagi ini, semua mangsa yang tertimbus sudah dikeluarkan pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban dan sembilan cedera.

Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi.


Operasi mencari dan menyelamat disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap. 

Berikut ialah senarai nama penuh mangsa yang diperoleh dari bilik gerakan bergerak yang dibuka di lokasi kejadian: 

Enam belas yang terkorban ialah: 

1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun 2) Nurahimi Rosdi, 14 
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11 
4) Ahmad Lokman Hakim, 11 
5) Farid Ibrahim, 34 
6) Mohd Azret Azahari, 8 
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11 
8) Zahid Assawal Zamri, 19 
9) Mohd Mustakim Mamat, 12 
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8 
11) Mohd Aiman Abdullah, 10 
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9 
13) Mohd Zaid Azahari, 14 
14) Mohd Imal Fahad, 9 
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9 
16) Mohd Hazim Sapri, 10 

Sembilan yang terselamat ialah: 

1) Aizat Khusairi, 12 
2) M. Allaudin Sobri, 14 
3) M. Syatiq Ibrahim, 21 
4) Khairul Anuar Nasri, 9 
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11 
6) Zulkhairi Aminuddin, 13 
7) Izzuddin Abdullah, 30 
8) Izuan Zakaria, 33 
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10 

Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Ampang manakala Mohd Akmal di KPJ Kajang. - BERNAMA 




GAMBAR YANG DIAMBIL DARI BHARIAN ONLINE




KAWASAN TANAH RUNTUH



PEMANDANGAN DARI HADAPAN RUMAH



MANGSA YG TERKORBAN



OPS MENYELAMAT



STILL SAME



MANGSA YG TERKORBAN



SEDIH.. SAYU..



MUSNAH TERUK



KAKITANGAN YG BAGUS



PARA PENYELAMAT YG CEKAP



urmmm



KEADAAN DI DALAM RUMAH



TELAH CUBA SEDAYA UPAYA..



ALLAH LEBIH MENYAYANGI MEREKA..

Itu sahaja gambar yg mampu saya ambil dari bharian online. sedih dan sayu rasanya hati ini apabila rakan seislam pergi meninggalkan kita disini. Takziah diucapkan kepada keluarga 16 org mangsa terkorban yang terlibat. saya mendoakan agar mangsa2 kejadian tanah runtuh ini ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman disisiNya. marilah kita bersama2 sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham. dan juga mendoakan mangsa2 yg masih hidup dan dirawat di hospital. Semoga mereka cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala. amin.

sumber : bharian online

PEACE, ASSALAMUALAIKUM



9 comments

May 23, 2011 at 9:12 AM

semoga Allah tmptkn mrk di tempat y terpuji.kiter nih mcm aner lah yer?:(

May 23, 2011 at 11:07 AM

amin..tulah kan shai.. kite pon tataw lagi cner naseb kite :(

May 23, 2011 at 10:44 PM

kesian..

takziah pada yg trkrban..:'(

May 24, 2011 at 12:09 AM

sama2 sedekahkan yassin kt mereka :')

May 26, 2011 at 12:11 PM

yunk..
sori xreti nk wat tutorial tu..
ni saye bg link tutorial utk wat tulisan bergerak tu ek..
=)

http://ecadwinkyasha.blogspot.com/2011/05/tutorial-note-under-post.html

May 26, 2011 at 8:53 PM

cik ezy : thanks yayang :)

adam roslan : Al Fatihah..

May 26, 2011 at 9:17 PM

semoga kita dpt pengajaran dr tragedi ni.. al-Fatihah utk mrk yg terkorban.. T_T

May 26, 2011 at 9:27 PM

ya, setiap ape yg berlaku pasti ade hikmahnya. Allah tidak akan berlaku kejam kepada hambanya yang soleh :)
Al Fatihah T_T

Post a Comment