Monday, May 30, 2011

Review filem KONGSI

salam dan selamat malam blogger! malam ni tibe2 ta bley na lelap mata. HAHA. anyway tadi baru lepas tengok filem KONGSI. sape berlakon? alah takkan tak tau....? BF i tuh si shaheizy sam ngn geng2 adnan sempit the series. hehee*perasan sudaa. yg lain pon cume ade fizo.hihi. adelah geng2 lain lagi. korang sume ingat i tengok kat wayang ke?? oh noo. ta men ah der, astro first je skrg. HAHA. okay jangan nak bazir mase. jum review sinopsis filem KONGSI.





SINOPSIS:-


Misi Tumulak diteruskan lagi. Kali ini dia telah membunuh salah seorang pengikut samseng India. Kejadian ini telah mengakibatkan ketua samseng Melayu iaitu ayah kepada Mikail dan ketua samseng India dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan. Selepas itu, Tumulak cuba untuk membunuh Mikail pula. Tetapi misinya tidak berjaya kerana Mikail telah diselamatkan oleh isterinya yang merupakan seorang polis.


Selepas daripada kejadian itu, Mikail telah melarikan diri dan berlindung di rumah Man Jawa. Wajah Tumulak juga telah dikenal pasti oleh pihak polis melalui gambaran yang dibagi oleh isteri Mikail. Sementara itu, Tumulak meneruskan lagi misinya dengan membunuh salah seorang ketua samseng Melayu. Tumulak juga telah memberi amaran kepada Shariff, pegawai polis yang ditugaskan untuk kes ini supaya jangan mengganggu dia.

Sekali lagi Tumulak cuba untuk membunuh. Malangnya kali ini misinya telah disekat oleh Olla, seorang pegawai polis. Walau bagaimanapun, Tumulak berjaya melepaskan diri. Ini telah menyebabkan ketiga-tiga ketua samseng Melayu, Cina, dan India telah berkumpul. Mereka telah membuat keputusan untuk mencari dan menangkap Tumulak. Jadi, ketiga-tga kumpulan telah bekerjasama mencari Tumulak.

Dalam masa yang sama, Tumulak telah menangkap Mikail. Walau bagaimanapun, ketika Tumulak cuba untuk membunuh Mikail, Man Waja telah menjumpai tempat persembunyian Tumulak. Akhirnya Tumulak terpaksa melarikan diri. Ketika dalam cubaan melarikan diri, Tumulak terpaksa berhadapan dengan Shariff. Sekali lagi Tumulak berjaya melarikan diri.

Pada keesokkan harinya ketika Tumulak cuba untuk melarikan diri daripada sekatan jalan oleh pihak polis, dia telah dikejar oleh pihak polis kerana merempuh sekatan jalan tersebut. Akhirnya Tumulak berjaya disekat oleh pihak polis Malaysia. Tetapi dia telah keluar dari keretanya dan terus melarikan diri. Malangnya, dia telah tersilap langkah di mana dia telah terjun ke dalam lumpur dan tersekat. Akhirnya Tumulak berjaya ditangkap oleh pihak polis Malaysia.


sumber http://mymoviesreview.com
OKAY? cukup x? kalu tak cukup carilah sendiri. BAHAHA.



MOVIE FREAK.PEACE.SALAM.


2 comments

May 30, 2011 at 10:54 AM

eh..
bkn ke org gaji mikail tu polis?
kompius kejap..
hee..

cite ni krng best..

May 30, 2011 at 11:02 AM

mmg pon. tak best mane pon.. tapi saye minat time sam berkejaran ngn polis. fuhhh.. hebat!

Post a Comment