Wednesday, February 2, 2011

AHMAD DHANI atau PARK JIN YOUNG JD PENGETUA AF9?





KL, 18 JAN 2011: Sebaik saja selesai sidang media pengumuman sesi uji bakat Akademi Fantasia 9 (AF9) baru-baru ini, timbul pula gosip mengenai calon-calon pengetua yang bakal memegang tampuk terakhir AF9 itu.
Pelbagai spekulasi yang Murai Batu dengar mengenai calon pengetuanya dan yang paling hangat diperkatakan ialah khabarnya pengetua AF9 kelak bakal diimport dari negara seberang. Dua nama yang paling hangat diperkatakan bakal memegang tugas tersebut ialah penggiat seni popular iaitu Erwin Gutawa dan ketua kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani.
Tetapi berita itu belum tentu kesahihannya. Murai Batu kurang pasti sama ada berita tersebut benar atau cuma propaganda sahaja.
Apapun, Murai Batu dapat tahu ramai rakan media kurang bersetuju sekiranya pengetua AF9 diambil dari seberang. Yelah, tindakan tersebut seolah-olah mencerminkan senario industri seni kita sudah kekurangan bakat hinggakan terpaksa mengimport orang luar.
Rasanya, ramai lagi calon-calon penggiat seni tempatan yang bagus dan boleh dijadikan pengetua seperti Datuk Ahmad Nawab dan nama-nama yang Murai Batu pernah canangkan sebelum ini antaranya Awie, Aishah atau pun Datuk Sheila Majid.
Namun, mungkin pihak produksi mempunyai sebab tertentu dengan mengetengahkan strategi tersebut hanya mereka sahaja yang tahu. Mungkin juga mereka mahu melahirkan bakat baru yang luar biasa daripada sebelum ini jadi tidak siapa yang tahu.
Kalau demikianlah kehendak produksi yang mahukan orang luar jadi pengetua, apa kata Murai Batu cadangkan agar mereka ambil saja pemilik syarikat JYP Entertainment dari Korea Selatan iaitu Park Jin Young yang berjaya melahirkan nama-nama besar seperti Rain, Wonder Girls, 2PM, B2ST, 4Minute dan G-Na.
Ini kerana asalnya si Park ini pun merupakan seorang penyanyi yang kemudiannya menjadi komposer dan akhirnya bertukar menjadi orang paling ternama dalam industri hiburan Korea Selatan. Jadi kalau AF9 memilih Jin Young ini, pastinya bintang AF9 boleh jadi artis yang berjaya seperti artis-artis Korea ini.
Apa pun, tak kisahlah siapakah pengetuanya yang penting harapan Murai Batu biarlah bakat-bakat yang dicungkil dari AF terakhir itu nanti benar-benar berkualiti..Jangan dah keluar nanti semuanya setakat suam-suam kuku sahaja.
P/S : ntah hape2, amek la warga malaysia jugak.. menyampah betol !